Kejohanan Sepak Takraw Belia Kampung Edisi Kedua mendapat sambutan yang amat baik dengan disertai oleh 14 pasukan yang diagihkan melalui undian rawak. Daripada 14 pasukan dibahagikan kepada dua Kumpulan iaitu A dan B.
Untuk edisi kali ini setiap pasukan dilabelkan dengan nama Negeri. Empat pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke suku akhir. Setiap pasukan mempamerkan aksi bertenaga walaupun pertama kali digandingkan dalam pasukan.
Dalam separuh akhir, empat pasukan iaitu Pulau Pinang( Zuki, Jemi, Md. Jan), Selangor(Pak Jun, Jun, Md. Alis),
N. Sembilan (Zam, Pak Njang, Soleh) dan Kelantan (Razak, Hazim, Rozaidi) telah berentap dengan mempersembah kualiti permainan yang memuaskan walaupun dalam hujan renyai. Separuh akhir pertama menemukan Selangor dan Kelantan, manakala separuh akhir kedua antara N. Sembilan dan Pulau Pinang. Pertembungan akhir telah menemukan N. Sembilan dengan Selangor dan dimenangi oleh Selangor dengan perlawanan berlanjutan ke set ketiga.
No comments:
Post a Comment